WASIAT RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAFAhmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naardari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat
kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh
ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya.Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan
Allah s.w.t.
menurunkan tujuhpuluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas
kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap
penjuru
rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila
babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah
pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan
ini
pada minggu pertama perkahwinaniaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan Sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak.Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak
dapat anak"
Saidina Ali r.a ! bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)"
Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna"
"Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran"
"Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya"
Friday, May 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment